PENGENALAN

 
COGAN KATA SEKOLAH


" BERJAYA TETAP BERJAYA " menjadi sumber inspirasi seluruh warga sekolah ini bagi mencapai kecemerlangan sesuai dengan falsafah dan aspirasi yang terkandung di dalamnya, iaitu :-
           B     Berjaya serta mempunyai
           E     Emosi
           R     Rohani
           J      Jasmani
           A     Akhlak
           Y    Yang stabil
           A     Adalah menjadi

           T    Teras
           E     Etika yang unggul
           T    Tekun dan
           A     Amanah
           P     Pasti

           B      Boleh
           E     Eksprestasikan
           R     Rahsia
           J      Jitu yang
           A     Akan menuju satu kejayaan
           Y    Yang
           A    Abadi


LENCANA SEKOLAH
         Lencana sekolah   ini     berukuran   4.5 cm X 4.5cm.  Warna   yang terkandung di dalam lencana ini ialah merah, kuning, hitam, dan putih.
        Cogan  kata   di    lencana    sekolah    ini   ialah 'BERJAYA TETAP BERJAYA'
        Warna merah yang terdapat di kiri dan  kanan itu  melambangkan     keberanian,   kecekalan,  dan semangat kental ke arah pendidikan bermutu.
        Warna   kuning   yang  menjadi latar belakang membawa makna menjunjung  kemuliaan beragama dan budaya kita yang luhur.
       Jalur hitam yang melintang dari sudut atas kiri ke sudut  kanan   adalah    melambangkan     konsep rendah diri dan bertawakal kepada Allah.
       Mamalia  Keluang yang terdapat di logo adalah membawa   makna  kewujudan sekolah ini di daerah Kluang.
       Bunga    padi   di  kiri dan kanan melambangkan perpaduan   dan    keharmonian   pelbagai     lapisan masyarakat menuju keseragaman matlamat.
       Obor   dan   buku   melambangkan ilmu sebagai nadi pembentukan hidup lebih cemerlang.


tamat