PENGENALAN

 
    MENYINGKAP SEJARAH SEKOLAH


gambar sekolah


          Sekolah  Kebangsaan  Seri   Kampung   Tengah   terletak  di tengah- tengah  perkampunganMelayu  di  pinggir bandar Kluang. Jauh dari bandar Kluang kira-kira lima kilometer.
           Bangunan sekolah ini  terletak   di  atas sebidang tanah seluas 1E,3R, dan 37.4P   di   atas    tapak    tanah geran 2712 dan 2731. Keluasan tanah keseluruhan untuk bangunan dan padang   adalah 4E, 2R, dan  30.4P.
           Di atas    keperihatinan   untuk menyenangkan anak kampung pergi ke sekolah,   mendorong  Allahyarham  Encik Mohammad Sari bin Hj. Omar sebagai ketua kampung  ketika  itu  memohon  kepada kerajaan    untuk   membina   sebuah    sekolah  di kampungnya bagi
memudahkan   anak - anak  kampung  menimba   ilmu. Hasrat beliau dipersetujui  oleh  kerajaan  tetapi  kos  pembinaannya  tidak   dapat dibiayai   oleh   kerajaan  disebabkan  kemelesetan  ekonomi negara pada   masa    itu.  Dengan    penuh    tekad    dan   semangat beliau bersama - sama  penduduk  kampung  telah   bergotong-royong dan berjaya     mendirikan    sebuah  sekolah  di  sebidang   tanah    yang
berukuran 18 meter panjang X 6 meter  lebar  yang telah diwakafkan oleh    Allahyarham  Tuan  Haji  Taib. Bangunan   ini     hanya dapat menempatkan 50 orang murid untuk belajar pada masa itu.
          Bangunan asal merupakan bangunan sementara diperbuat daripada  tiang kayu  bulat,  berdindingkan buluh-buluh yang dibelah, beratapkan   daun  nipah, dan   berlantaikan tanah sahaja. Bangunan sementara ini telah dirasmikan pada 20 Mac 1950 oleh  YM. Ungku Mohd Salleh (Allahyarham),  semasa itu menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah Kluang
          Pada tahun 1954   RIDA  sekarang ini MARA, telah memberi bantuan untuk   membaiki sekolah ini,    seluas 18 meter panjang X 6 meter  lebar.   Dengan   bantuan   ini   bangunan   sekolah   ini dapat beratapkan  zing dan   berlantaikan    simen dan ditambah dua rumah guru.
         Pada   tahun 1974   sebuah   bangunan dua tingkat JKR 1445 dibina. Bangunan ini mengandungi sebuah pejabat Guru Besar, empat buah bilik darjah,  tiga setor , tandas guru dan murid.
         Pada   tahun  1978   bangunan    sementara yang dibina secara gotong - royong    dirobohkan    dan diganti    dengan bangunan dua tingkat   iaitu   JKR  1692. Bangunan ini     mengandungi   enam bilik darjah     dan    empat   setor.       Seterusnya    pada      tahun 1984 sebuah          bangunan     pasang  siap   melalui 'Projek Kilat' dibina yang mengandungi dua bilik darjah  JKR 929.
         Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah terus berkembang maju   dari segi  fizikalnya. Pada    bulan April 1987, satu bangunan 3 tingkat   telah   dibina, JKR 1993,   yang mengandungi dua kelas bilik darjah dan empat setor.   Bangunan  kantin bertaraf sekolah gred   A telah juga dibina pada tahun yang  sama.
         Para   Ibu bapa,  guru - guru   dan   penduduk   kampung yang sentiasa  prihatin  terhadappendidikan  agama telah membina surau secara   gotong -  royong. Bangunan  separuh kekal ini   dibina pada tahun 1985   dengan bantuan   PIBG, wakil rakyat dan derma orang ramai kos RM 15,000.
         Kepesatan  pembangunan  telah  mengubah  fizikal  sekolah ini begitu  juga Guru  Besar yang  bertugas menjalankan tanggungjawab yang  diamanahkan  juga  silihberganti.  Ramai yang telah menerajui  kepimpinan sekolah ini di antaranya adalah: 
 
1 Tn. Hj. Mahmood bin Imam
12.03.50 - 02.02.55
2.Tn. Hj. Saad bin Hassan 
03.02.55 - 31.12.55
3.Tn. Hj. Sidek bin Sehat 
01.01.56 - 04.01.65
4.Tn. Hj. Saad bin Hassan 
05.01.65 - 10.05.79
5.En. Abu Bakar bin Hj. Nawawi 
01.01.80 - 31.03.82
6.Tn. Hj. Jusoh @Yusof bin Yaakub
01.01.83 - 31.08.88
7.Tn. Hj. Kassim bin Ahmad 
01.04.89 - 12.09.89
8.Tn. Hj. Samion bin Sikor 
01.11.89 - 21.07.92
9.Tn. Hj. Gapar bin Gurrohu 
01.08.92 - 31.12.95
10. Pn. Hjh. Jamilah bt. Hj. Abdullah 
01.04.98 - 04-12-99
11. En. Md. Zain Bin Salamal 31.12.99 - 

           Masa  cepat  berlalu,  pembangunan  sekolah pantas berlaku, kini   Sekolah Kebangsaan Seri  Kampung Tengah telah menjadi sekolah gred A. Pada tahun 1998 sebuah bangunan empat tingkat telah didirikan dengan menempatkan prasarana yang lebih baik seperti Bilik Guru, Bilik Muzik, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Perpustakaan, Bilik Mesyuarat dan 6 buah bilik darjah. Bangunan ini mula digunakan pada 1 Januari 2000. Jumlah murid pada tahun 2001 seramai 1020 orang  dengan tenaga  pendidik seramai 51 orang serta 6 orang staf sokongan.


 
kenali lagu sekolah